Tuesday, October 30, 2007

Skim Cepat Kaya


Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua terutama buah hati saya yang jauh dimata.Sekarang ini saya telah menjadi seorang warga yang telah pokai.Duit saya telah berkurangan dengan kadar yang banyak kerana disedekahkan kepada kanak-kanak.Saya menjadi begitu pemurah ketika tibanya Syawal Bukan itu sahaja saya juga perlu menunaikan tanggungjawab untuk menukar langsir baru, membayar cukai jalan, menggantikan cermin kereta yang pecah dan akhirnya tayar kereta saya juga telah sampai ajal menjelang hari raya.Saya menjadi sangat sedih bukan kerana ajal tayar kereta telah sampai tetapi kerana duit saya yang menemui ajalnya.Akibatnya duit yang saya kumpul untuk berjumpa dengan buah hati saya telah terjejas.Mungkin selepas ini saya perlu mengikat perut menggunakan tali tangsi.

Ketika Syawal tiba, saya telah didatangi oleh seorang kawan.Kedatangannya bukanlah dijemput walaupun sekarang ini saya sedang merayakan zaman kemudaan saya di hari raya yang mulia.Kedatangan kawan saya ini juga bukanlah untuk sama-sama makan lemang dengan rendang.Tetapi untuk mengajak saya sama-sama menyertai Skim Cepat Kaya.

Saya menjadi begitu teruja.Melalui cerita kawan saya ini, Skim Ini akan menjamin masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang.Bayangkan jika saya melabur RM20,000 saya akan mendapat 10% daripada wang pelaburan setiap bulan selama 5 tahun.Wang saya akan berganda-ganda dan saya akan menjadi warga yang kaya raya.Selepas 5 tahun wang yang akan saya perolehi sebanyak RM120,000.Ya kaya raya, kaya di hari raya tidak seperti sekarang saya pokai di hari raya.Ini pastinya akan memudahkan tugas saya untuk menyunting bunga di taman.

Kawan saya ini telah menceritakan bagaimana mertuanya telah menjadi kaya raya dengan sekelip mata apabila menyertai skim ini dan mendapat sebuah kereta yang sangat mahal harganya lebih mahal dari kereta yang saya miliki.

Sebelum ini saya telah banyak berfikir untuk hidup senang.Tetapi saya tidak menjumpai jalan mudah.Tiada jalan mudah untuk hidup senang.Di dalam sistem ekonomi kapitalis warga yang kaya akan bertambah kaya, warga yang miskin akan hidup papa kedana.Saya telah memikirkan mengenai telahan saya ini dan ianya ternyata tepat sekali.

Mari kita lihat di dalam sistem perbankan.Jika anda ingin membuat pinjaman kewangan anda perlulah mempunyai slip gaji yang telah ditetapkan amaunnya atau anda perlulah membuat cagaran harta benda yang anda miliki.Tetapi jika anda hanya memiliki seekor itik serati dengan serta merta permohonan anda untuk membuat pinjaman wang akan ditolak hidup-hidup.

Fikirkan seorang warga yang papa kedana ingin memulakan perniagaan, adakah warga ini mempunyai slip gaji yang cukup amaunnya? Adakah warga ini mempunyai hartanah yang cukup untuk digadaikan? Jawapannya tidak.Tiada ruang warga yang miskin untuk meminjamkan wang dari sistem perbankan.Inilah yang bermaksud yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.Inilah telahan saya mengenai sistem ekonomi kapitalis.

Saya masih beruntung kerana tidak berstatus papa kedana tetapi hanya bertaraf pokai sahaja.Tahap pokai ini sebenarnya adalah lebih mulia martabatnya berbanding papa kedana.Jika anda tidak percaya, anda boleh mencuba dari sekarang untuk menjadi papa kedana.

Ayah saya pernah menceritakan dimana dia telah mendapat satu surat yang menyatakan dia telah memenangi sebuah kereta dan boleh mengambil kereta tersebut dengan kadar yang segera di suatu tempat.Melalui penceritaannya, dia teragak-agak untuk mempercayai surat itu.Tetapi setelah memikirkan hadiah yang ditawarkan itu sangat lumayan iaitu sebuah kereta yang harganya lebih mahal dari kereta saya, dia telah membuat keputusan untuk membuat tuntutan.Ayah saya telah terkejut kerana mendapati segala telahannya jauh tersasar.Pejabat pihak yang ingin memberi hadiah yang lumayan itu hanyalah terdiri dari himpunan meja-meja plastik yang diatasnya tersusun rapi cawan-cawan di bawah pohon beringin di tepi jalan

Apabila sampai sahaja pihak tersebut telah mengucapkan tahniah kepada ayah saya bagaikan ayah sayalah orang pertama yang akan memandu kereta mewah itu ke pusat angkasa lepas.Sebelum pihak terbabit memberikan hadiah tersebut, mereka telah menetapkan syarat dimana ayah saya perlu memasukkan deposit sebanyak 10% dari harga kereta tersebut.Jika tidak ayah saya hanya memenangi sebuah cawan yang berjenama Colgate.

Rakan saya juga pernah menerima khidmat pesanan ringkas.Pesanan itu mengucapkan tahniah dan mengatakan bahawa dia telah memenangi beribu ringgit dan perlulah memasukkan deposit dahulu ke dalam akaun yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut.

Apa kaitan diantara skim cepat kaya dengan hadiah kereta yang pernah ditawarkan kepada ayah saya.Perkaitannya adalah sama, kedua-duanya menjanjikan hadiah yang lumayan dengan kadar yang segera dan kedua-duanya memerlukan kita melabur sejumlah wang untuk mendapatkan pulangan yang belum tentu kepastiannya.

Lihat betapa liciknya gerakan skim cepat kaya ini memperdayakan warga kita.Kini saya didatangi oleh seorang kawan.Saya bukan tidak mempercayai kawan saya ini tetapi saya tidak mempercayai skim cepat kaya yang ada di dalam dunia ini.Cuba bayangkan hanya untuk membuang air sahaja saya telah dijerut di bahagian leher dengan bayaran meningkat dari 20sen kepada 30sen.Mana mungkin mencari pihak yang ingin memberi kekayaan kepada saya dalam kadar yang segera.Mana mungkin saya dapat mencari insan kamil yang ikhlas untuk memperkayakan diri saya.Di kesempatan ini saya menyeru semua warga yang bertanggungjawab untuk sama-sama tidak mempercayai kepercayaan khurafat yang dibawa oleh kutu-kutu berahak ini.

4 comments:

Rock Oi! said...

baru2 ini juga ( semalam lah kes ini terjadi)...aku dapat panggilan dari Armada Company katanya..sebuah agen palancongan yg berdaftar yg menawarkan aku VIP Card utk pemegang VISA atau MASTERCARD,,,katanya lagi,dgn kad ini aku dapat diskaun 50% mana2 kedai yg ada pelekat MBF kat cermin kedainya,,dan mana2 destinasi pelancongan,tiket flight semuanya selama seumur hidup,cara cakapnya di dalam telefon selama setengah jam amatlah manis dan rasa mcm dah bertahun tahun kenal melalui kemesraannya bercakap..aku hampir terpedaya, di katakan aku adalah antara 300 org di seluruh malaysia yg layak mendapat VIP Card itu,,sbb katanya nama aku ada muncul di skrin PC nya,jadahnye...kalau sistem power,masa kan personnel detail aku x ada sekali di situ,tapi yg aku heran mana lah dapat no telefon maxis aku..ok gini citernye,di katakan kad itu amatlah menguntungkan di mana di insurankan jika aku meninggal dunia,dapat bape puluh ribu pun aku x igt,tapi kiredit kad aku akan di tolak rm50 utk setahun bagi pembayaran utk insuran itu..dan juga permulaan utk mendapat kad itu,aku di minta membenarkan mereka menolak RM488 dari kdt kad aku utk seumur hidup sekali sahaja,ini katanya adalah utk wang pemprosesan.di samping itu dgn pelaburan wang pemprosesan itu aku telah di janjikan dgn gantian balik faedah dengan memberikan aku pakej pelancongan di luar negara utk pilihan mana2 satu destinasi sahaja, di bagi percuma utk 2 dewasa dan 2 anak kecil...aku yg tak ada pengalaman mendapat panggilan seperti ini hanya melayankan sahaja,biasalah benda yg menguntungkan sapa tak mau dgr,tapi rupanya byk yg mereka hidden kan..mula2 dia suruh aku bacakan no kdt kad aku 3 angka yg terakhir,utk pengehsahan semula katanya,.aku pun bagi lah...dan tanya umur aku berapa lantas meminta no IC aku..aku pun bagi juga..dan slpas itu dia kata akan call aku lagi dalam masa setengah jam utk call maybank dalam proses membenarkan kad aku di tolak wang sebanyak rm488 tadi tu..dan menyuruh aku harap dapat memberikan kerjasama...aku pun ye kan sahaja,,,nasib pada waktu itu aku berada di opis,so ramai lah kawan2 aku kat situ,,aku pun mula bercerita lah tentang itu pada kawan2 aku yg mepunyai kdt kad,,,ternyata mereka pun tahu juga tentang ini!! dan memberitahu ada rakan2 yg lain pernah terpedaya dgn panggilan itu,kerana bukan hanya rm488 yg akan di ambilnya nnti,,tetapi beribu ribu yg di ambilnya dari kdt kad kita...patutlah mereka kata limit kdt kad aku berapa ribu....aku pun x ingin juga nak pakai kdt kad,tapi maybank dah bagi aku tanpa buat application pun,so aku amik aje lah,,tu yg x tahu pasal kdt kad sgt,,,lepas tu kawan aku suruh cepat2 call maybank service center utk blokkan aku punya akaun,,dan aku pun call maybank,dan org maybank advise aku no terakhir pada kdt kad mmg x boleh bagitahu pada sesiapa pun walaupun parent kita sendiri...baru aku tahu dan padan muka aku,,nasib baik setelah check akaun aku xde transaction yg di buat pada aritu,tak pasal2 aku kene amik kad baru kat maybank masai,nak keluar waktu opi shour yg lotih tu,,,nasib tak kene charge pape...kali ni aku mmg kene aware betul2 la ngan panggilan2 penipuan camni,,,org tu siap sms aku plak tu lepas tu katanya syarikatnya tak tipu dan dah berdaftar,dah berjalan selama 3 tahunn,,,3 tahun tu la mereka tipu org gamaknya...aku reply balik kata jgn ganggu aku lagi,,terus mereka tak ganggu..tau takot...aku saman ekau baru tahu...aww..

Farid Abu Talib said...

inilah yang dinamakan KUTU BERAHAK!!

Rock Oi! said...

sila jelaskan nama BERAHAK ini dari segi lughah dan lazimnye....

Amir S. said...

em satu lagi.sebab skim cepat kaya ni la,apa tu nama dia...inflasi meningkat.kalau buleh elakkan dari menyertai sebarang skim piramid ka,cepat kaya ka.ia mengugat kestabilan ekonomi negara.