Tuesday, September 18, 2007

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke **




Saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada seluruh warga Malaysia.Saya turut berbangga kerana kita telah berjaya membebaskan diri dari penjajah asing yang suatu ketika dulu datang ke Tanah Melayu ini untuk mengaut kekayaan negeri, merompak khazanah negara tetapi membiarkan rakyat pada ketika itu terus terusan melarat miskin papa kedana.Apa yang boleh diharapkan kepada penjajah keparat untuk membela untung nasib orang melayu hanyalah seperti baring diatas jalan sambil menunggu digelek oleh “Tandem Roller”. .”Negara Kaya tetapi Rakyat Papa Kedana”.

Saya tidak mempunyai minat lagi untuk menceritakan mengenai sejarah perjuangan tokoh-tokoh menuntut kemerdekaan kerana hampir kesemua kita amat mengetahuinya. Tetapi apa yang ingin saya surahkan disini ialah mengenai fakta dan angka.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU telah merdeka pada tahun 31 OGOS 1957, iaitu kemerdekaan yang hanya melibatkan Semenanjung Tanah Melayu sahaja.Tetapi kawasan-kawasan lain yang berada bersebelahan dengan Persekutuan Tanah Melayu masih belum merdeka dan masih dikuasai British.Bagi membebaskan rantau ini daripada penjajahan British dan pengaruh komunis satu cadangan telah dikemukakan untuk membentuk gagasan Persekutuan Malaysia iaitu cadangan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.Maka terbentuklah MALAYSIA gabungan diantara Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 SEPTEMBER 1963.

Persoalannya ialah sebetulnya pada tarikh manakah pengiraan kemerdekaan MALAYSIA ini sebenarnya bermula? 31 Ogos 1957 atau 16 September 1963?

3 comments:

Rock Oi! said...

maybe 16 sept 63 tu di raikan utk selamat hari penggabungan setelah merdeka..

merdeka di ambil 31 ogos 57 mayb pasal pengambil alihan msia dari dijajah dari org asing beratos ratos tahun dahulu..

ade gitu bro?

Farid Abu Talib said...

Boleh diterima pakai, tetapi penggunaan nama Malaysia dan struktur kenegaraannnya hanyalah bermula 16 Sept 1963..

Rock Oi! said...

pada 57 tu dia org gunekan lagi nama tanah melayu kan? so bila dah tukar kepada nama Malaysia tu merdeka yg telah di sambut tahu 57 tak mungkin di tukar tarikhnya yg di raikan penuh keramaian dan gemilangnya..pabila muncul tahun 63,dgn penggabungan itu cukup lah sekadar meraikan pertukaran nama tanah melayu ke nama MALAYSIA yg telah merdeka 5 tahun yg lepas pada tahun itu..