Wednesday, May 14, 2008

Bahasa Yang Membawa Malapetaka

Ketika Kerajaan Malaysia mengumumkan pembelajaran sains dan matematik ke dalam Bahasa Inggeris ramai diantara kita yang tidak bersetuju.Cikgu-cikgi, pensyarah, pembangkang, tukang kebun, Pengawal Keselamatan Zoo Negara, Makcik Peniaga Bazar Ramadhan malahan kebanyakan rakyat tidak bersetuju dengan dasar baru yang diperkenalkan.Ramai diantara warga kita yang menentang perlaksanaannya.

Antara alasan yang diberikan ialah penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran matematik dan sains tidak akan memartabatkan Bahasa Melayu secara total di muka bumi kepunyaan Orang Melayu, malahan ini akan menghilangkan rasa hormat terhadap Bahasa Melayu itu sendiri.Ada juga yang berpendirian penghapusan penggunaan bahasa melayu ini akan membantutkan usaha menjadikan Bahasa Melayu ini bahasa ilmuan sebagaimana keagungan di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.Bahasa Melayu ketika itu dikenali sebagai Lingua Franca.

Hahahaha, sungguh ramai diantara kita yang cuba menjadi hero dan heroin bahasa ketika isu ini sibuk diperbahaskan.Tetapi tidak mengapalah, saya tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.Itu adalah hak mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai dasar yang ditetapkan di dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Jika ditanya pada saya, saya juga tidak bersetuju penggunaan sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris.Saya tidak bersetuju bukanlah kerana saya bimbang slip gaji saya akan ditulis dalam Bahasa Inggeris atau saya bimbang semua papan tanda di Hulu Kelang akan bertukar di dalam Bahasa Inggeris, kemudian saya perlu mencari kamus untuk memahami butir ayat yang tertera di situ.Saya tidak bimbang soal itu.

Saya juga tidak peduli untuk menjadikan Bahasa Melayu itu sebagai lingua franca atau martabat bahasa itu diangkat dan dijulang sama tinggi dengan kapal terbang Air Asia.Saya memang tidak peduli.Itu bukanlah menjadi agenda utama saya kerana sejak diperkenalkan penggunaan sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris manusia Melayu telahpun selamat sampai ke angkasa.

Kepedulian saya hanya kepada nasib dan masa depan bangsa bukan sahaja Melayu, Cina dan India tetapi termasuk kaum peribumi Sabah dan Sarawak.Kekhuatiran saya adalah mengenai nasib pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris cenderung untuk gagal di dalam semua matapelajaran yang melibatkan Bahasa Inggeris

Pada hemat saya kekhuatiran tentang kemungkinan kegagalan ini adalah satu yang sangat munasabah kerana pelajar terutama di pedalaman kebanyakannya sukar menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris.Jadi subjek Bahasa Inggeris mereka selalunya mengundang malapetaka.Jika penggunaan Bahasa Inggeris ini menular ke dalam subjek-subjek yang lain maka hasilnya subjek-subjek yang lain juga akan mengundang malapetaka yang amat dasyat.

Cuba kita bayangkan.Jika belajar di dalam Bahasa Melayu pun masih ada yang ketinggalan inikan pula di dalam Bahasa Inggeris.Malapetaka inilah yang menjadi igauan ngeri kepada pelajar-pelajar.

Saya masih mempunyai adik-adik yang masih bersekolah.Saya melihat mereka tunggang terbalik menelaah pelajaran tetapi tidak pula mereka kelihatan lebih cerdik dari biasa apabila menggunakan Bahasa Inggeris di dalam matematik dan sains ini.

Mari kita menerobos sedikit.Kini semakin banyak penggunaan Bahasa Melayu terhakis.Setelah Bahasa Inggeris digunakan dalam pembelajaran sains dan matematik yang mengundang malapetaka diperkatakan, tiba masanya kereta nasional pula yg diinggeriskan.Bermula dengan Saga, Wira, Satria, Perdana, Putra kini setiap keluaran baru tidak lagi menggunakan Bahasa Melayu sebagai nama.Kemungkinan juga kerana sudah terlalu banyak perkataan ini diletakkan sebagai nama kereta akhirnya Bahasa Melayu telahpun habis.Maka timbullah Savvy dan Neo.Begitu juga dengan sebuah lagi keluaran nasional walaupun statusnya tidak lah saya ketahui tahap kenasionalannya.Bermula dengan Kancil, Kembara, Rusa.Akhirnya nama yang pelik telah pun timbul seperti Myvi ,Viva dan terbaru Nautica.Penularan malapetaka ini semakin ketara mencapai kemuncak dengan Bank Pertanian sudah berubah wajah menjadi Agro Bank.Tujuan dan natijahnya tidaklah saya ketahui dan apakah malapetaka yang akan datang selanjutnya juga tidaklah saya ketahui.Mungkin ini adalah salah satu dari proses yang dipanggil modenisasi.

Saya juga telah mengambil keputusan untuk menyertai proses modenisasi ini.Saya mengimpikan Jabatan Pendaftaran Negara mengizinkan saya menukarkan nama saya kepada John Johny Jonathan.Semoga dengan nama baru ini, saya tidak mengundang lagi malapetaka.

3 comments:

Rock Oi! said...

hahahahhahaha...power power..aje giler...gades jombang..

ItuAku said...

well... nama pun joh jonny jonatan.. serasa aku cam pernah dengar nama 2 ..

comment: aku pn x faham kerajaan malaysia hari nie.. banyak sangat propa.. dulu kata bahasa penjajah.. sekarang nak jadi bahasa penghantar la pulak.. dah lah nak fluent dalam bahasa 2 susah.. sian jugak tengok adik adik nak pickup.. kalau ada yang dah pick up sian pulak tengok abang abang yang menanggung malu.. apa apa pun .. meh la kita pikir sesama.. Hidup Mahathir...

untuk rock; SELAMAT PENGANTIN BARU..

Rock Oi! said...

ehehehe mekaceh2,,dtg la umah aku 1june ni..majlis belah umah laki lak,,ehhehee..jgn lupa jempot mahathir sekali,raikan sempena dia keluar dari umNo jua...ahahaha..
gades jombang..