Thursday, November 8, 2007

Insan Kamil Yang Didiskriminasikan


Baru-baru ini saya telah menerima email dari seorang kawan yang menceritakan mengenai kebiadaban seorang cina yang memakai baju yang menghina kepercayaan dan pegangan orang melayu.Kejadian ini berlaku di sebuah pasaraya dimana orang melayu ini adalah pekerja disitu.Melalui email ini dinyatakan bahawa orang melayu yang menegur perbuatan cina ini akhirnya di buang kerja di atas alasan tidak menjaga kepentingan perniagaan untuk mempertahankan pegangan yang dianutinya.Email ini telah disebarkan kepada saya dan juga manusia lain.

Jauh disudut hati kecil saya langsung tidak mempercayai cerita ini.Bagi saya cerita ini hanyalah satu cerita haprak lagi kurafat yang dicipta untuk menimbulkan satu keadaan tidak selamat diantara kaum di negara ini.Cerita ini ingin menyuntik semangat nasionalisme perkauman yang menebal.Tahukan kita mengapakah perkara ini terjadi?

Pada hemat saya setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab musabab samalah seperti kisah bagaimana Kassim Selamat membutakan matanya dengan garpu.Sebab utama Kassim Selamat membutakan matanya adalah kerana tidak tahan lagi memandang kebejatan dan penipuan yang berlaku di hadapan matanya yang dilakukan oleh ibu mertuanya ya! Ibu mertuanya.Untuk pengetahuan, saya belum mempunyai ibu mertua.Jadi kejadian penyebaran email ini juga ada sebab musababnya.

Saya merasakan sebab utama penyebaran email ini adalah kerana rasa ketidakpuasan hati muncul dalam diri setiap kaum apabila mereka tidak dilayan dengan adil dan sama rata.Negara kita adalah sebuah negara demokrasi yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup aman dan damai.Sejak dari kecil lagi pemikiran saya telah diracun dengan negara ini adalah sebuah negara yang aman dengan penduduk pelbagai kaum.Apa nak diherankan dengan pelbagai kaum ini kerana kebanyakan negara lain juga mempunyai pelbagai kaum.Adakah penduduk di Uganda tidak pernah menerima kedatangan para tetamu dari Zimbabwe atau negara Perancis tidak mempunyai penduduk berketurunan Algeria?

Saya ingin bersurah mengenai pengalaman saya.Suatu ketika dahulu, saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa.Agak lama juga saya menghambakan diri di syarikat itu.Pada suatu hari ketika menjalankan tugas harian saya telah menerima email dari pengurusan tertinggi yang mengatakan saya telah diarahkan untuk mengikuti Kursus Bomba dan Menyelamat.Kursus ini perlu dihadiri selama tiga hari dan dikelolakan oleh Jabatan Bomba.

Ketika itu saya masih menjadi seorang insan kamil yang memegang prinsip “saya yang menurut perintah”.Jadi dengan penuh kezuhudan tanpa banyak bicara bersetuju untuk menyertai kursus itu.Syarikat ini sebenarnya mempunyai pekerja dari pelbagai kaum sama sahaja sifatnya seperti negara saya yang tercinta.Apabila tiba sesi pertama kursus itu saya sangat terkejut kerana yang menyertai kursus itu hanyalah terdiri daripada Kaum Melayu dan India sahaja sedangkan orang yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus ini adalah berbangsa Cina dan ramai bangsa Cina juga bekerja di syarikat itu.Saya tertanya sendirian, mengapakah tiada bangsa Cina yang menyertai kami di bawah panas terik mentari untuk mempelajari cara untuk menyelamatkan manusia lain? Saya tertanya-tanya adakah tujuan saya dilahirkan untuk menyelamatkan bangsa Cina dari hangus terbakar? Saya juga hairan sejak bilakah bangsa cina ini mendapat status peribumi di dalam syarikat itu? Persoalan ini terus menghantui saya.Di dalam kursus itu saya telah mempelajari selok belok bagaimana menyelamatkan manusia yang berada di dalam bangunan.Ketika akhir sesi kursus ini kami telah membuat satu demonstrasi bagaimana untuk memadamkan kebakaran tetapi saya tidak mencubanya.Saya tidak mencuba memadamkan kebakaran kerana ketika setelah seorang peserta yang membuat demo ini berjaya memadamkan kebakaran, bangsa cina yang memerhatikan dari tepi menepuk tangan dengan begitu kuat menandakan mereka sangat senang hati dengan keupayaan kami memadamkan kebakaran dan mereka sangka kamilah orang yang dilahirkan di dunia yang fana ini yang akan menyelamatkan mereka ketika kebakaran muncul.

Jangan haraplah, saya momohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada mereka kerana saya tidak akan menyelamatkan mereka kerana jelas disini telah berlakunya diskriminasi perkauman yang nyata.Adakah saya tidak berperi kemanusiaan? Ya, saya tidak mempunyai nilai kemanusiaan terhadap manusia yang tidak menghormati martabat insaniah.Jika saya ditanya adakah saya ingin memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut jika Presiden Bush ditemui lemas di Tasik Superior di sempadan Canada? Jawapan saya ialah tidak sama sekali.Mungkin saya akan berlakon menjadi buta seperti Kassim Selamat untuk mengelakkan dari menyelamatkan Encik Bush.

Ada satu lagi kisah yang terjadi ketika saya masih lagi bekerja di syarikat itu.Setelah saya menilai amalan diskriminasi dan ketidakadilan ini berlaku, saya memutuskan untuk mencari pekerjaan di tempat yang boleh menjamin tiada amalan diskriminasi terhadap saya, bangsa saya dan apa jua bangsa yang ada di negara saya yang tercinta.Jadi saya membuat keputusan untuk mendaftar dengan sebuah ejen mencari pekerjaan.Ejen ini akan menghantar email kepada saya untuk memberitahu syarikat manakah yang mempunyai kekosongan jawatan.Hampir setiap hari saya mendapat maklumat.Tetapi apa yang saya jumpai adalah perkara yang sama iaitu diskriminasi perkauman yang cukup nyata di dalam negara ini yang dikatakan aman damai cemerlang gemilang dan terbilang.Kebanyakan dari kekosongan jawatan yang perlu diisi ialah yang memerlukan seseorang calon itu fasih di dalam bahasa Mandarin.

Di dalam kehairanan, saya telah ketawa berdekah-dekah.Adakah ini salah satu lawak Pua Chu Kang yang diimport dari Singapura? Saya telah menjadi hairan, adakah kini saya berada di Hong Kong ataupun Ibu Negeri Taiwan? Adakah kini kampung halaman saya telah bertukar rupa bentuk menjadi bangunan-bangunan di Guangzhou? Bilakah tarikh Menteri Pelajaran Malaysia mewajibkan bahasa mandarin diajar secara formal di sekolah saya? Adakah saya telah tertidur ketika pengumuman Sains dan Matematik perlu diajar di dalam bahasa mandarin? Adakah nama saya sudah ditukar ejaannya kepada Chin Peng? Sejak bilakah pihak-pihak ini memiliknegarakan syarikat-syarikat untuk membentuk dasar kepada sesebuah kerajaan.Pertanyaan ini sesungguhnya berjaya membuatkan saya berada di persimpangan dilema.

Saya mulai terfikir adakah kerana negeri China ketika ini muncul sebagai gergasi ekonomi menyebabkan seluruh warga negara saya perlu fasih berbahasa mandarin untuk mendapat pekerjaan.Keadaan negeri China ketika ini sama sahaja dengan India yang menjadi gergasi ekonomi baru di dunia.Jadi mengapakah saya tidak menjumpai kewajiban untuk fasih di dalam bahasa Hindustan untuk mencari pekerjaan di Malaysia? Poodah!!

Kejadian-kejadian ini menunjukkan isyarat bahawa kita sedang mengalami krisis.Krisis dimana kita sebagai warga telah didiskriminasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Krisis dimana satu strategi busuk bagi sesetengah individu atau organisasi yang berfikiran sempit untuk menidakkan anak bangsa saya untuk sama-sama merebut peluang pekerjaan.

Negara kita tanggungjawab kita.Sebagai warga yang bertanggungjawab saya menolak keras perlakuan diskriminasi ini.Saya menyeru kepada semua warga kita agar jangan terperangkap dengan propaganda diskriminasi kaum ini.Diskriminasi ini haruslah ditentang habis-habisan dan pihak yang menganjurkan diskriminasi ini perlu kita bakulsampahkan dengan kadar yang segera.Tetapi kita juga masih bernasib baik kerana untuk menjadi angkasawan belum ada ditetapkan syarat perlu fasih berbahasa mandarin.

Saya tidak akan membutakan mata seperti Kassim Selamat untuk menghalang kebejatan ini dan saya juga tidak akan belajar bahasa mandarin untuk menuju jalan ke angkasa.Saya mengulangi yang saya tidak mempunyai sentimen terhadap bangsa-bangsa yang wujud di dunia ini tetapi tidak untuk diskriminasi perkauman.

4 comments:

Bujang_Nakal said...

Bro!! mcm kenal jer maner syarikat ko keja tue... Hehe!!!.

Pasal bahasa mandarin tu xsilap aku pernah diperdebatkan di parlimen, so siap gadoh2 ler diorang dlm tue tp sekarang ni kurang sikit requirement yang nak fasih berbahasa mandarin untuk syarat apply keja kosong...

Aku ase la lagi bagus kalo kerajaan perlebatkan usaha untuk orang bukan Melayu mendalami dan memahami penggunaan bahasa Melayu sebab aku tengok malah dalam kerajaan Malaysia sendiri pun ade Menteri yang tak fasih berbahasa Melayu... Macam maner leh jadi menteri cam tue ek... Yang aku pelik bin hairan bin ajaib nyer takkan xleh nak bezakan MALU dan KEMALUAN.Eh! ni memang melampau!!! Kang aku bagi definisi kedua2 perkataan tu kang!! Parah jadinyer... Muhahahahaha!!!

Bagi aku kan ape yang penting ialah aku xnak perdebatkan malah ambik peduli dengan ape kaum lain buat pada kaum melayu (diskriminasi diorg ler) tapi yang aku kesal sangat ialah bila mana ada kaum Melayu sendiri yang mendiskriminaskan bangsa sendiri... Tu yang ralat sangat aku rasa dengan mentaliti orang Melayu kita... Betol kata PM lame kita Dr Mahadir yang "Melayu mudah lupe". So macam mane nak kikiskan istilah yang Dr M buat tue?.. Hehe!!! Sendiri ada akal bukan?.. " Tepuk tangan tanda suke, tepuk dada tanye minda?..."
Sendiri mau ingat ler...

fid said...

hidup ini mudah jangan diberat-beratkan..

tatkala apa yang sedang berlaku..bukanlah suatu permainan yang dicoretkan kepada keadaan.

namun begitu tiada apa yang dapat menafikan bahawa itu semua adalah lumrah kehidupan.

yang tersepit sentiasa ingin dilepaskan, yang terhina jangan diperkotak-katikkan, yang teratas sentiasa diagung-agungkan, hidup tenteram tiada tandingan,

oleh itu, sebagai insan yang berhati mulia janganlah engkau memburu ketaksuban kepada perkara yang membina jalan kesesatan.

Rock Oi! said...

aduh pared,.kata ada baru...ini yg lama aku da baca...cume x sempat nak komen je..ehhee

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Plotter, I hope you enjoy. The address is http://plotter-brasil.blogspot.com. A hug.