Beberapa hari yang lalu saya membaca akhbar lagi.Ada satu berita yang telah menarik minat saya iaitu Soldadu Iran telah berjaya menangkap hidup-hidup soldadu Britain.Seramai 15 orang malaun berjaya ditangkap oleh Soldadu Iran.Penangkapan ini sungguh membanggakan Rakyat Iran dan Presiden Encik Ahmadinejad serta saya juga. Soldadu Britain ini ditangkap adalah kerana mereka telah memasuki perairan Iran.
Pada hemat saya, kemasukan Soldadu Britain ini adalah dirancang dan penangkapan mereka juga telah di aturkan oleh pihak Britain.Tunggu sebentar! Adakah masuk akal Soldadu Britain yang menggunakan teknologi perang paling canggih dalam dunia moden hari ini telah terlajak kayuh perahu sehingga memasuki Iran atau tukang kayuh perahu Soldadu Britain ini terlupa untuk memakai kanta lekap atau tukang kayuh perahu ini telah dibutakan matanya oleh Puan Margaret Beckett? Saya telah terbarai ketawa.Hati saya bagaikan digeletek manja apabila mendengar berita perahu terlajak ini.
Saya akan bersurah dengan lebih jelas, sila berikan perhatian.Ini adalah persepsi saya sahaja diatas apa yang berlaku.Sebenarnya konflik Britain dengan Iran ini didalangi oleh Amerika dan Israel.Britain ini peranannya sebagai kuli cacai sahaja.Selepas ini akan ada kejadian-kejadian yang akan menggugat kestabilan Iran.Kejadian-kejadian ini adalah untuk menguji kesabaran Encik Ahmadinejad sahaja.Kejadian-kejadian ini akan berlaku sehinggalah Iran bertindak balas.Melalui tindak balas Iran inilah peperangan untuk menjahanamkan Iran akan berlaku.Buktinya, selepas beberapa hari malaun-malaun ini ditangkap, pesawat perang Amerika pula menceroboh ruang udara Iran di wilayah Khuzestan yang kaya dengan minyak itu.
Tiga malaun iaitu Encik Bush, Encik Tony Blair dan Encik Ehud Olmet sudah tidak sabar lagi untuk menyerang Iran.Jika sesuatu yang buruk berlaku ke atas tahanan dan pesawat perang yang memasuki kawasan Iran ini, pastinya Iran akan menerima padah seperti Iraq dan Afghanistan.
Nanti dulu, mengapakah agaknya malaun-malaun ini beria-ia ingin menyerang Iran sedangkan Encik Ahmadinejad tidak pernah sekalipun cuba mengorat Puan Laura Bush atau menjolok lubang hidung Encik Tony Blair?
Sebenarnya ketika ini Iran sedang mengancam kekuatan ekonomi Amerika.Encik Ahmadinejad kini sedang sibuk mengadakan rundingan dengan negara pengeluar minyak. Minyak adalah sumber yang paling penting di dunia ketika ini.Apakah jenis rundingan ini? Rundingan untuk tidak menggunakan Dolar Amerika di dalam urusniaga minyak.Ini bermakna urusniaga ini tidak lagi bersandarkan Dolar Amerika.Selama ini urusniaga minyak ini telah menggunakan Dolar Amerika.Jika urusniaga ini tidak lagi menggunakan Dolar Amerika, impaknya kekuasaan Amerika keatas muka bumi ini juga akan berkurangan.Rundingan ini telahpun dipersetujui oleh Presiden Venezuela Encik Hugo Chavez.Venezuela juga adalah negara pengeluar minyak.
Jika kuasa Amerika ini berkurangan, ini bermakna si malaun Bush ini tidak lagi dapat menguasai dunia.Dia tidaklah dapat lagi berlagak menjadi Ketua Polis Dunia tetapi mungkin akan dianggap sebagai Chief Inspector di negeri Mumbai sahaja.Malahan Amerika akan ditongsampahkan hidup-hidup.Ini adalah penyebab mengapa Encik Bush begitu bernafsu ingin menggodam Tehran.
Israel pula mempunyai alasan yang berbeza.Konflik yang berlaku ini berpunca daripada pengembangan konflik Israel-Palestin.Dengan program pengkayaan uranium dan nuklear Iran kini menjadi ancaman Israel.Iran telah dituduh membantu kumpulan penentang di Iraq dan juga membantu Hamas di Palestin.Ini bermakna Iran juga kini adalah musuh Israel.Israel kini telah pun kecut perut apabila mendengar Iran sedang bersiap sedia untuk menjadi sebuah negara nuklear.Jika Iran berjaya dengan program nuklearnya, pasti Israel mampu dilenyapkan dari muka bumi ini dengan mudah.Sebelum Israel lenyap dari muka bumi adalah lebih baik Iran yang dulu dilenyapkan.
Saya ingin memberitahu kepada tiga malaun ini.”Hei Encik Malaun semua!!! Iran bukannya bengap serta berotak udang seperti Pak Arab yang berserban tebal tetapi berotak nipis”.Encik Ahmadinejad ini pastinya telah mengambil iktibar dari peristiwa Arwah Saddam Hussein.Iraq telah jatuh ke tangan Amerika dan sekutunya dalam beberapa hari sahaja.Adakah kerana Arwah Saddam sudah terlalu tua untuk mengangkat senjata? Atau Arwah Taha Yassin Ramadhan telah mengular di waktu pejabat pada waktu itu?
Saya akan bersurah pula mengenai Arwah Saddam.Iraq telah kalah dalam pertempuran ini adalah kerana Iraq tidak mempunyai senjata pemusnah atau nuklear seperti yang telah dituduh oleh tiga malaun tadi.Iraq mampu untuk membina nuklear tetapi telah membatalkan niat suci murni itu adalah kerana tidak mahu lagi terjebak dengan peperangan dengan tiga malaun itu.Arwah Saddam telah membuat keputusan pro-rakyat.
Tiga malaun ini tidak akan menyerang Iraq jika mereka membatalkan pembinaan nuklear.Janji inilah yang dipegang oleh Arwah Saddam.
Namun, akhirnya Iraq telah diserang jua.Pastinya tragedi ini telah membuka mata Encik Ahmadinejad.Mesejnya jelas, jika anda membina senjata nuklear anda akan diserang tetapi jika anda tidak membina senjata nuklear anda juga akan diserang.Encik Ahmadinejad sedang membina nuklear kerana sedar lambat-laun malaun-malaun itu pasti akan menyerang Tehran.
Saya tidak akan membeli tiket penerbangan murah Air Asia untuk ke Tehran.Saya tidak akan memikul kalashnikov untuk membantu Soldadu Iran menangkap malaun-malaun ini, tetapi saya dengan rasminya mengisytiharkan sokongan penuh kepada Encik Ahmadinejad.Bina atau tidak nuklear bukan persoalannya..tetapi perang tetap perang dan lawan tetap lawan… Ini persepsi saya..

2 comments:
Aku rasa...antara sebab kenapa dunia Arab memandang sepi masalah yang berlaku ke atas Iran adalah disebabkan perbezaan fahaman Sunnah dan Syiah. Satu dunia tahu pergolakan yang berlaku antara dua fahaman ini seperti mana di Iraq dan Pakistan. Perpecahan yang berlaku dalam dunia Islam telah memberi ruang kepada golongan seperti US dan UK memperkotak-katik kita.
kat sini punya masjid org syiah n sunnah x leh campur,...sunnah masjed lain, syiah masjed lain..aku fahaman mazhab shafie ni masuk je la masjed memana...arab sendiri pun x bersatu mana tak nye perang x kan habis..kalau perang kat Iran habis la takut aku pasal qatar dekat je tuh ..cuma seberang laut jek..
Post a Comment