Tuesday, April 10, 2007

Senyuman Manis Si Buah Hati di Bawah Pohon Beringin




Pada minggu lalu saya telah berjaya mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat.Saya telah pergi bersenam.Bagi saya kesihatan ini amatlah penting untuk memastikan saya dapat hidup dengan lebih gembira.Sebenarnya ada rahsia disebalik keputusan saya untuk bersenam.

Bersenam ini tidaklah dapat menarik minat saya jika dibandingkan dengan berkaraoke jamban *merujuk kepada aktiviti karaoke di bilik yang kecil*.Tetapi ada yang berjaya menarik minat saya untuk bersenam.Sebenarnya saya telah diajak oleh si buah hati untuk melakukan senaman.Antara alasan popularnya ialah takut-takut nanti saya diserang oleh penyakit obesiti jika terlalu lama berada di dalam karaoke jamban.Saya telah menerima lamaran dari si buah hati saya ini dengan tangan terbuka.Disebabkan itu saya begitu bersemangat untuk bersenam.Jika tidak jangan haraplah.

Sebenarnya selain bersenam saya juga dapat merayakan zaman kemudaan dengan cara lebih sihat bersama si buah hati yang tersayang.Saya telah mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti ini di taman rekreasi.Sememangnya taman ini diperuntukkan untuk orang bersenam.

Tetapi apa yang telah mengejutkan saya ialah keadaan fasiliti yang berada di taman di pesisiran pantai itu amatlah mendukacitakan.Taman itu sesungguhnya begitu indah terletak bersebelahan dengan pantai dengan tasik buatan yang agak luas ditemani oleh dua ekor biawak yang sering kelihatan berkeliaran, mempunyai track jogging yang panjang dan mempunyai fasiliti senaman yang lengkap, tetapi fasiliti untuk melakukan senaman di tempat ini telah musnah punah ranah sama sekali.

Adalah amat mustahil jika kemusnahan ini dipertanggungjawabkan kepada Soldadu Amerika yang telah memusnahkan fasiliti senaman di Negeri Baghdad atau mempertanggungjawabkan Tentera Nazi Jerman kerana kedua-dua malaun ini tidak pernah sampai ke taman rekreasi ini mahupun menyalahkan kejadian Gunung Berapi Pinatubo di Filipina kerana tidak sedikitpun lahar gunung ini yang telah mengalir sampai ke taman rekreasi ini.Jadi ini angkara siapa?

Saya begitu pasti kemusnahan ini adalah hasil dari kraf tangan warga kita iaitu Warga Malaysia yang tidak bertanggungjawab.Tidaklah saya dapat memahami tentang orang –orang yang suka menjahanamkan harta benda awam ini.Sedarlah bahawa segala infrastruktur yang dibina ini adalah melalui duit kita semua.Adakah logik bagi kita sebagai orang yang mengeluarkan duit kemudian merosakkan harta benda sendiri yang modalnya kita yang laburkan?

Nanti dulu, jika kita terlalu bengap untuk memahami keadaan ini mari saya jelaskan satu persatu.Fasiliti ini telah dibina oleh kontraktor yang telah dilantik oleh kerajaan.Dari mana kerajaan mendapat duit untuk membina fasiliti seperti ini? Duit ini adalah duit cukai yang dikutip daripada rakyat.Siapakah rakyat itu? Rakyat itu adalah kita sebagai warga.Bukankah ini bermakna fasiliti itu dibina menggunakan wang kita dan kita
adalah tuan yang empunya fasiliti untuk dikongsi bersama? Jadi, mengapakah kita perlu memusnahkan fasiliti ini.Menjahanamkan fasiliti ini samalah seperti kita menjahanamkan harta benda kita sendiri.

Pada hemat saya, tentulah orang yang menjahanamkan fasiliti ini adalah orang yang dikategorikan sebagai berotak udang dan tidak berguna.Ketika ini saya masih runsing memikirkan mengapakah orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini suka memusnahkan sesuatu yang amat berguna atau orang orang yang tidak berguna ini juga patut dimusnahkan sama sekali?Adakah mereka tidak suka melihat sesuatu yang baik dan cantik juga?

Melalui soalan-soalan ini fikrah saya semakin bercelaru.Lebih mengecewakan, saya telah terserempak dengan seorang makcik yang sedang memegang anaknya untuk membuang najis di tepi fasiliti yang digunakan untuk bersenam.Walaupun dalam keadaan yang sukar ketika itu, makcik itu masih sempat melemparkan senyuman kepada kami berdua.Saya tertanya-tanya adakah senyuman dari makcik itu adalah satu sedekah ataupun tanda-tanda ia mahu disumpah menjadi batu?

Fokus saya untuk bersenam menghindarkan diri dari obesiti telah lama tersasar.Setelah penat saya dan si buah hati mengambil keputusan untuk berehat di bawah pohon beringin di tepi laut.Sekali lagi saya ditimpa malang, kawasan ini berselerak dengan sampah.

Sebenarnya saya mempunyai cerita disebalik sampah ini.Ketika itu umur saya mula-mula menginjak remaja.Bersama kawan-kawan, kami telah ke Kuala Lumpur untuk merayakan keremajaan kami.Kami berkereta kancil berwarna biru versi lampu bulat.Kami bertolak petang mudah-mudahan akan sampai ke Kuala Lumpur nanti di tengah malam hari.Kami berkongsi duit untuk membayar tol,minyak dan makan.

Oleh kerana tidak cukup duit kami hanya membeli kacang untuk berkongsi makan di dalam kereta.Ini kerana kami memikirkan kos perbelanjaan di Kuala Lumpur nanti akan menipiskan poket kami.Di pertengahan perjalanan, perut mulai lapar dan saya telah mula memakan kacang, jadi kulit kacang yang saya makan ini telah saya kumpulkan di dalam tisu kerana tidak mahu mengotorkan dalam kereta dan alam sekitar dengan harapan saya akan berjumpa dengan tong sampah di R&R dan membuangnya ke situ.

Saya telah diketawakan oleh kawan-kawan saya yang lain kerana dikatakan terlalu ‘sivik maut’.Kawan-kawan yang lain begitu berbangga makan bersama kacang itu dan membuang kulit kacang ke lebuhraya dengan penuh rasa bangga sambil menyanyikan lagu ‘Proud To Be Malaysian’ nyanyian kugiran The Offical.

Jadi berbalik ke pohon beringin, saya mulai sedar bahawa warga kita sememangnya tidak tahu bagaimana menjaga alam sekitar ini dengan baik sekali.Mereka tidak sedar bahawa inilah anugerah dari tuhan yang sangat indah yang dimiliki oleh hambanya secara percuma.Tiba-tiba saya tergelak besar kerana teringatkan kisah sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007 dimana ada pihak yang membina tandas elektronik untuk warga kita gunakan.Tidak semena-mena saya terbarai ketawa kerana memikirkan bagaimanakah warga kita akan menggunakan tandas elektronik itu nanti sedangkan membuang sampah ke dalam tong pun mereka tidak tahu.Si buah hati saya juga turut tersenyum seakan tahu apa yang saya fikirkan.Dia kelihatan sangat manis tersenyum kerana dia tahu saya pandai menjaganya.

5 comments:

NotorieZ said...

Sejak bila ko pandai buka blog nie ar?? Merapu aje keja dia..

nasrul said...

Nicely done Farid. Keep up the good work !

-------------------------------

Komen/Tambahan Aku:

Bak kata PM Abdullah Badawi(tak silap aku la...), kite punye fasiliti 1st class tetapi mentaliti penggunanya pulak 3rd class. Masalahnye kini tak kire betapa canggihnye prasarana yg kerajaan provide tak akan dapat mengubah mind set kebanyakan penduduk Malaysia yg 3rd class. Bagilah seekor kera sekuntum bunga, nescaya dia tak akan dapat menghargai keindahan dan bau wangi yang bunga persembahkan..

p/s : naluri kelelakian tu penting untuk menghidu aroma kewanitaan..

Unknown said...

Hi En Farid...

Adakah tempat rekreasi yang dimaksudkan anda itu adalah Taman Gelora Di Pahang di sebelah Kolej Ikip yang tersergam Indah itu..
Kalau nak diikutkan lah 3 tahun yang lepas semasa aku bermastautin di pahang sana,tempat tu memang cantik dan menjadi kegilaan remaja kerana taman itu menjadi tempat bermadu kasih dan kami mengskodeng selain di TC,
Mungkin Facilii tu mempunyai jangka hayat(Life Time) yang
diperbaiki setiap tahun
Sampah je No Komen

Rock Oi! said...

kancil biru..aku ler tuh..cet!
gud articel...permatangkan lagi dgn pengalaman2 yg ada..kerna ko punya masa tentang ini..jikalau aku punyai masa kerja halfday ari2 nak gak merasa menghasilkan idea seperti ini bro tp ternyata di luar bidang dan N G O B = hobiku...kem salam shasha...hek3..

ngundang said...

ntah.. aku pun sure kepala mamat nie memang geliga punyer.. tapi takkan sampai 2 jer kot.. truskan lagi baik bro