Akademi Fantasia kembali lagi untuk musim yang kelima.Mintak maaf saya bukanlah seorang penyokong totok AF yang akan datang bersepanduk dan menconteng muka dengan warna kesukaan untuk menyokong peserta kegemaran saya ke stadium setiap minggu jauh sekali untuk membuang undi melalui SMS.Jangan haraplah, saya tidak akan berbuat begitu.Tetapi saya juga tidak akan menentang sebarang bentuk program realiti tv ini disebabkan saya pernah menuntut mengenai pengurusan perniagaan yang tahu nilai untung rugi tetapi tidak pula bermakna saya tidak belajar mengenai akidah.
Saya bukan ingin bersurah mengenai pengurusan jauh sekali akidah, tetapi ada sesuatu yang menarik minat saya didalam AF ini.Saya telah melakukan kajian ilmiah mengenai AF ini.Kajian yang saya temui ini bukanlah melalui suara penyanyi kerana kesemua penyanyi yang keluar dari Akademi ini tidaklah sehebat Siti Nurhaliza mahupun Jamal Abdillah.Kajian yang dibuat ini adalah bagaimana hendak menjadi juara AF.
Pada hemat saya kesemua peserta AF ini boleh menyanyi dan keupayaan mereka hampir setara sahaja.Saya ulang pada hemat saya sahaja ini disebabkan saya bukanlah seorang pengamal Muzik atau Paul Moss mahupun Khairil Johari Johar.Jadi bagaimanakah mereka boleh terpilih menjadi juara sedangkan suara mereka lebih kurang sahaja? Sebenarnya disinilah yang ingin saya bersurah panjang.
Untuk menjadi juara di dalam pertandingan realiti tv ini tidaklah perlu bersuara ‘buluh perindu’.Tetapi perlu menjadi seorang melayu.Mengapa? Ini adalah kerana peserta akan dipilih pemenang bukan melalui juri profesional tetapi melalui undian sahaja.
Mereka di luar akan membuat undian melalui pandangan mereka tersendiri.Biarlah saya bersurah dengan lebih teliti.Pakcik dan makcik ini akan mengundi pelajar yang difikirkannya baik dari segi sahsiah, mana yang mereka rasa sedap mata memandang dan yang penting sesuai dibuat menantu maka peserta itulah yang akan dipilihnya.Golongan warga emas pula pasti ingin memilih peserta yang dirasakan sesuai untuk dibuat cucu menantu manakala gadis-gadis sunti akan mengundi peserta yang dirasakan sesuai dibuat pasangan hidup.Begitu jugalah dengan jejaka-jejaka di Malaya ini yang pastinya akan mengundi peserta yang menarik hatinya untuk dilantik menjadi permasuri yang beraja dimata dan bersultan di hati.Pengundi ini ,majoritinya adalah melayu.
Melalui kajian ini, saya tidak berjumpa dengan teori siapa suara paling sedap yang akhirnya akan memang dan membawa pulang hadiah hampir setengah juta ringgit.Jika anda berfikiran sedemikian.Harap maaf anda telah silap besar.
Ramai peserta yang memasuki akademi ini langsung tidak membuat kajian ilmiah terutamanya peserta perempuan.Nanti dulu, janganlah anda naik darah dengan kenyataan saya ini.Ini hanyalah andaian saya sahaja.Tetapi saya mempunyai hujah yang kukuh.Ini dapat dilihat dimana peserta yang masuk kelihatan memperlihatkan sifat supaya pengundi tidak bernafsu untuk mengundi mereka.Mereka tidak memperlihatkan sifat kemelayuan yang sejati.Mengapakah sifat kemelayuan ini penting?Ini adalah kerana pengundi itu Melayu dan memang sifat manusia sukakan orang yang banyak persamaan dengan diri mereka.
Kita dapat melihat ada diantara mereka masih lagi tergedik-gedik dan bersifat mengada-ngada yang lebih sudu dari kuah di depan kamera.Saya juga telah terbarai ketawa apabila ada seorang peserta ini menangis meraung-raung teringatkan kucing di rumah.Jika beginilah sifat dan jatidiri yang dimiliki Warga Malaysia, Oh! Sungguh memalukan.Walaupun demikian itu masih bernasib baik, bagaimana pula jika pelajar itu memelihara mentibang laut?.Bayangkan apa yang berlaku.
Apa yang terjadi hasil dari bersahsiah seperti ini? Mereka pastinya akan ditendang keluar hidup-hidup pada minggu-minggu awal.Ini kerana mereka tidak berjaya menjadi seorang melayu, bermakna mereka tidak berjaya menarik perhatian pengundi.Tidak perlulah saya bersurah panjang mengenai tatacara dan budi bahasa orang melayu kerana kita bukanlah seperti haruan yang tidak mengenal anak sendiri untuk dimakan.
Saya pernah bertanya dengan seorang anak muda sebaya saya mengenai hal ini.Pada hemat si anak muda ini setiap peserta mempunyai hak untuk menonjolkan sifatnya sendiri termasuk memperlihatkan sifat tergedik-gedik dan mengada-ngada.”jangan hipokrit lah brader!!”.ujar beliau.
Pada hemat saya apabila peserta ini dipilih ke dalam akademi yang perlu diberi keutamaan adalah untuk menjadi juara dan menarik perhatian pengundi untuk mengundi dan bersifat baik dan bukannya untuk memperlihatkan sifat buruk sebenar sambil mendabik dada ‘inilah diri saya yang sebenarnya’.Cet, ingat!! anda akan ditendang keluar hidup-hidup.Mudah-mudahan sifat baik ditonjolkan di akademi akan sebati dengan diri dan menjadi amalan selepas itu.
Jadi untuk menjadi juara ini kita tidak perlu berkulit putih, tersusun gigi atau tergedik-gedik.Kita perlu menjadi orang yang berilmu dan pandai menggunakan ilmu itu sebaiknya.Carilah sifat melayu yang ada di dalam diri dan yang pasti juara akademi fantasia juga mampu menjadi menantu yang baik.Tetapi menantu yang terbaik bukanlah boleh dimain undi-undi melalui sms.

4 comments:
aku tidak berpa jelas sgt tentang ini..kerna aku tak pernah mengikuti perkembangan AF,mungkin ketiadaan masa utk itu di sebabkan sibuk bekerja..so bagi akuno comment lah tntang ini..yang baik di alu alukan...
wassup bro.. aku dah naik boring ngok AF. makin lama makin memualkan anak tekak aku nih. skrg aku dh kuar dr kepompong makhluk yg sukekan AF
Akademi fantasia...aku tak layan benda2 macam ni...kalau banyak sangat hiburan yang disogokkan pada masyarakat aku takut suatu hari nanti rosak bangsa kita...bagi aku fungsi hiburan tu sekadar untuk melapangkan fikiran, menenangkan minda or just for relaxation.
Bagi aku hiburan sekarang ni paling banyak memberi pengaruh besar pada keruntuhan sosial masyarakat hari ni.Imam Bukhari ada mengatakan kalau nak tengok masa hadapan, tengok ahklak para remaja sekarang...
oleh itu..jangan lah anda semua wahai anak Adam mengikut mazhab leman atau memana pun yg menyekutukan Allah..amin..
Post a Comment