Monday, April 2, 2007

Cerita Melayu dan Hari Jumaat

Seperti Umat Islam yang lain, setiap hari jumaat saya akan ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.Tetapi setiap kali saya ke masjid, saya mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan warga yang bernama melayu.

Dalam seumur hayat , saya belum pernah melintasi Jalan Sutera, Cairo, Bangalore, Nairobi di Kenya mahupun Masjidil Haram untuk melihat Orang Islam di negara lain bersembahyang jumaat.Tetapi di negara ini telah banyak tempat yang sempat saya jelajahi.

Pada hemat saya ada sesuatu yang pelik di dalam upacara sembahyang ini setiap kali jumaat menjelang tiba.Maksud kepelikan saya disini ialah gangguan bunyi bising ketika khutbah sedang dibacakan.Bunyi ini kedengaran begitu kuat malahan lebih kuat dari suara khatib yang sedang asyik membaca khutbah.

Saya pasti tak akan menghiraukan jika suara itu semerdu suara Siti Sarah Raisudin Hamzah yang selalu saya dendangkan lagunya di kala malam hampir menutup layarnya.Tetapi kebisingan ini jelas sekali meghilangkan fokus saya untuk mendengar khutbah percuma dari si khatib yang bertugas.

Sebenarnya bunyi bising ini datangnya dari kanak kanak yang saya tidaklah berapa pasti statusnya sama ada sudah baligh atau pun belum.Tetapi yang pasti setiap kali jumaat mereka ini akan datang ke masjid semacam ingin merayakan zaman kanak-kanak mereka .Bagi saya sifat kanak-kanak ini adalah sangat tidak bertanggungjawab. Kebisingan ciptaan kanak-kanak ini hampir pasti mengalahkan kebisingan pasar malam di Taman Senai Utama.

Tetapi yang lebih memelikkan keadaan ini, para petugas masjid seperti tidak pernah ambil peduli tentang kerunsingan saya.Malahan jemaah lain menggambarkan mereka jua turut sama lali dengan kebisingan itu.Saya begitu hairan kerana petugas masjid ini langsung tidak menunjukkan sifat peka dan peduli tetapi hanya sebagai orang pekak yang tuli.

Jadi setiap minggu pada hari jumaat saya datang ke masjid fokus saya semakin lama semakin berubah iaitu bukanlah hendak sangat mendengar apa yang dikhutbahkan oleh si khatib tetapi lebih ingin memikirkan bagaimana menyelesaikan gelagat kanak-kanak yang “tak reti bahasa” ini.

Pada hemat saya seharusnya ibubapa kepada kanak-kanak yang “tak reti bahasa” ini berfikir panjang samada ingin membawa bersama anak-anak ini pergi menghadiri upacara atau melarang sama sekali.Jika ianya hanya mendatangkan kesulitan bagi pihak lain adalah lebih baik kanak-kanak ini dibuaikan saja di dalam buaian di rumah.

Adakalanya saya juga terfikir adakah ibubapa kepada kanak-kanak ini juga 2x5 “tak reti bahasa” kerana membiarkan anak mereka membuat onar di dalam masjid? Pepatah melayu ada menyebut bapa borek anak rintik tetapi ini telah terbalik.Pada saya pepatah ini telah bertukar rupa bentuk dan pengertian kepada anak borek bapak rintik.Ini kerana bapa juga mengikut perangai anak mereka yang “tak reti bahasa”.

Seperkara lagi yang telah berjaya menghilangkan fokus saya mendengar khutbah ialah si khatib yang berkhutbah.Saya merasakan si khatib yang dipilih untuk berkhutbah ini perlulah lebih selektif, ini adalah kerana suara mereka ini tidaklah sehebat Jamal Abdillah, maka khutbah mereka tidaklah dapat menarik minat jemaah yang datang untuk mendengar sebaliknya mereka lebih memilih jalan untuk tidur sahaja.

Untuk menjadi khatib, tidaklah perlu suara seperti Si Jamal Abdillah itu tetapi janganlah seperti orang yang sedang nazak ingin bercerita kepada cucunya berkenaan Sang Kancil dengan Buaya.Suara si khatib kadangkala lebih teruk dari bunyi si Mamat yang tidur berdengkur itu.Si khatib ini perlu dihantar untuk berguru dengan Bentara Guru untuk membetulkan ‘picthing’ suara mereka agar lebih menarik perhatian jemaah mendengar dari terus berdengkur tidur.Mungkin juga si mamat yang berdengkur tidur ini lebih dulu menemui jalan ke syurga berbanding si khatib yang sedang berkhutbah tidaklah dapat saya ketahui.

Lebih malang lagi, saya pernah terserempak dengan warga luar yang bersembahyang bersama.Warga ini tertarik mungkin dengan slogan Tahun Melawat Malaysia 2007 jadi dikesempatan ini mereka juga ingin merasakan bagaimanakah bersembahyang jumaat di Malaysia.Apakah persepsi warga luar ini apabila melihat senario ini berlaku di dalam masyarakat melayu kita?

Jika perkara ini tidak diperbetulkan, senario ini pastinya berterusan lagi sehingga puluhan tahun mendatang walaupun kita dikatakan merdeka 50 tahun sekalipun.
Akhirnya saya telah mengambil keputusan tidak akan sesekali pergi kearah kanak-kanak ini dan menjerit kepada mereka untuk diam kerana ianya adalah satu tindakan yang sia-sia sahaja.Bagaikan menyembur nyamuk dengan ricset di dalam hutan.Pastinya, saya akan ke masjid lagi jumaat ini tetapi bukan untuk menyembur nyamuk dengan ricset.

12 comments:

Rock Oi! said...

cerita melayu semasa di taman sri senai ye bro? masih ku igt hari jumaat mu dulu selalu tuang di mana balik umah sewa n tido hehe..aku paham anda telah berubah skg..hehe..teruskan cita2 mu ini abuya..aku sokong dari bontot,,mak aih.lepak...

nasrul said...

Bagi aku, telatah kanak2 ni kat mana2 sama aje..kat sarawak ni pun situasi yg sama berlaku kat masjid2 tak kira masa solat ke, ceramah agama ke, berzikir ke. parent diorang kurang mengambil berat didikan agama dan moral kat anak2. Kesedaran patut bermula dari ibu bapa, ye tak...

Ape pun, aku teringat kenangan manis masa solat jumaat kat senai dulu, insiden saudara rock dan saudara tonek tergelincir di tangga masjid. Sampai sekarang aku masih tergelak kalau terkenangkannya..

nasrul said...

Bagus penulisan ko ni. Perbanyakkan lagi penulisan cenggini fared...

Rock Oi! said...

ingat aje kau yek saudara nasrool...aku bukan apa,aku tergelincir pun pasal selipar kuning din beramboi aku tu bunga kat tapaknya dah haus gara2 eksiden kat jalan blakang sofitel ngan farid pinjam motor george masa tu...aku brek pakai selipo jugak tu yang dah licin rata je tapaknye,,tu pasal la aku tergelincir kat tangga masjid..tapi apa pun aku sempat la menghiburkan semua umat2 islam yang hadir utk menunaikan solat jumaat di situ..hepi banget rasanya,,, :p

ngundang said...

hi fred, nice blog,nice comment but for me i,m not a suitable pers. to comment the idea. what ever lah .

Mohd Jasni said...

uiks!! TAMAN SENAI UTAMA pn masuk? hehe..tempat bermastautin mase muda2.. nk dkat ending tu bunyi cam KaramSingWalia Plak.. :P

ngundang said...

cam ner leh lupe bro,
disitulah segalanya bermula. sampai bila-bila pun :
NO 95,
Jalan Sawi 6,
Taman sri Senai,
81400 senai.

tetap jadi ingatan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Quite good penulisan
teruskan menulis bro
boleh gak aku baca bile beboring nanti
selain tu boleh membuka minda dan jiwa

mohdjasni said...
This comment has been removed by the author.
Just said...

uiks..siap alamat... mesti GENG nih... persoalanya : siapakah ngundang?

mija said...

aik..awak.yang menulis sumer tue ker.....hebat!